BM | EN | 中文

Hampir 98 peratus responden sokong khidmat IMBRT di Iskandar Malaysia

IMBRT-Iskandar-Malaysia.jpg

Gambar Ehsan theiskandarian.com

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 SEPT: Ujian rintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang bermula April tahun ini, telah mendapat maklum balas positif dengan 97.9 peratus responden menyatakan sokongan kepada perkhidmatan itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata ujian rintis yang tamat akhir bulan lepas itu memperlihatkan bas teknologi hijau sedia ada, mendapatkan maklum balas daripada Jawatankuasa Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Jabatan Pengangkutan Jalan mengenai vehicle road worthiness dan untuk mendapatkan maklum balas dan buy-in daripada orang ramai dan agensi yang berkaitan.

“Program ujian rintis IMBRT dihadiri lebih daripada 443 orang dan berdasarkan survei yang telah dijalankan, 97.9 peratus responden menyatakan sokongan kepada perkhidmatan IMBRT yang bakal beroperasi,” katanya pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, Isnin lalu.

Advertisement

Beliau berkata dem ikian ketika menjawab soalan Cheo Yee How (PH-Perling) berkenaan perkembangan terkini pelaksanaan projek IMBRT.

Mohd Solihan berkata IMBRT merupakan sistem BRT komprehensif yang pertama di Malaysia bernilai RM2.56 bilion, bakal menjadi tulang belakang kepada pengangkutan awam di Iskandar Malaysia, dengan perkhidmatan itu akan disambungkan ke projek Sistem Transit Rapid (RTS), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Larkin Sentral, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan juga perkhidmatan feri di Stulang Laut dan Iskandar Puteri.

“Sehingga Jun ini, status pelaksanaan projek IMBRT kini berada pada tahap 21.57 peratus dengan perkhidmatan IMBRT dijangka bermula pada suku keempat 2023,” katanya.

Advertisement

Setakat April lepas, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah membelanjakan sejumlah RM151 juta untuk memuktamadkan reka bentuk kejuruteraan infrastruktur, menilai reka bentuk keperluan operasi dan kewangan, kerja-kerja penyiasatan dan pengambilan balik tanah.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top