BM | EN | 中文

Hampir 7,000 individu sertai saringan komuniti percuma sejak Februari di Selangor – Selcare

Selcare-Petugas-Kesihatan-saringan-Covid-19.jpg

Petugas Kesihatan Selcare mengimbas kod bar Selangkah sebelum membuat saringan Covid-19 ketika program Ujian Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang , Kuala Langat pada 20 Mac 2021(Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

KUALA LANGAT, 20 MAC: Hampir 7,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma sejak awal Februari hingga semalam.

Pengurus Klinik Selcare, Mohd Noor Md Nasir berkata jumlah itu termasuk 894 warga emas di 32 pusat jagaan di Selangor.

Justeru, kata Mohd Noor orang ramai digalakkan untuk terus hadir menjalani saringan percuma selagi belum menerima suntikan vaksin Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement

“Mungkin disebabkan kemasukan vaksin di negara ini orang awam tidak mahu lagi melakukan ujian Covid-19.

“Namun, ingin saya ingatkan selagi anda belum terima suntikan vaksin itu, saya merayu anda untuk hadir membuat saringan secara percuma ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang, di sini.

Advertisement

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh Selangor untuk membendung wabak.

Program itu menyasarkan penglibatan 50,000 penduduk meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top