BM | EN | 中文

“Hampir 70 tahun merdeka, masih ada penduduk kampung di Batu Pahat tiada bekalan air”

masalah-bekalan-air-70-tahun-khairuddin-a-rahim-adun-senggarang.png
Advertisement

BATU PAHAT, 24 FEB: “Hampir 70 tahun Merdeka, tapi penduduk kampung masih tidak ada sumber air mentah”.

Begitu keluhan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang kesal dengan kerajaan yang tidak mengambil berat luahan penduduk kampung susulan isu bekalan air yang tidak wujud di Jalan Belut Putih, Kampung Sungai Ayam, disini.

Katanya, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan membina saluran paip sendiri bagi mendapatkam sumber air ke rumah mereka.

Advertisement

“Sumber air yang diusahakan orang kampung amat menyedihkan. Mereka terpaksa mendaki Gunung Banang untuk mendapatkan sumber air mentah.

“Selain itu kos saluran paip juga dikeluarkan sendiri oleh penduduk kampung dan mempunyai risiko tertentu.

“Antara risiko bakal dihadapi penduduk adalah air yang tidak dijamin bersih, kemunginan kebocoran dan bekalan tidak mencukupi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke sidang DUN Johor namun masih tidak ada sebarang tindakan diambil kerajaan negeri.

“Pihak kami telah bawa isu ini dalam sidang DUN yang lepas dan difahamkan peruntukan sudah lulus tetapi tidak mencukupi.

“Perlu peruntukan tambahan untuk membina tangki air untuk mengatasi masalah tekanan air rendah kerana kedudukan kampung di kawasan yang agak tinggi.

Advertisement

“Kerajaan perlu bertindak segera bagi memberikan khidmat terbaik kepada penduduk kampung di kawasan tersebut,” katanya lagi.

Tambah Khairuddin lagi, sebanyak 34 rumah di kampung itu yang terletak dalam mukim Minyak Beku, selain kampung lain yang masih belum menerima bekalan air bersih antaranya di Lorong Aminah, Kampung Teluk Buluh dan Lorong Baba ,Kampung Koris.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top