BM | EN | 中文

Hampir 2,000 belia di Selangor dapat manfaat dari program RiDE

Hampir-2000-belia-miskin-bandar-dapat-manfaat-RiDE.png

Gimik pelancaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Julai 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 13 NOV: Seramai 1,980 belia di Selangor dengan sebahagian daripadanya yag terdiri daripada golongan miskin bandar menerima manfaat Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diperkenal Kerajaan Negeri tahun ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman, berkata baki 1,020 kuota bakal diisi sebelum 31 Disember sekali gus mencapai sasaran 3,000 peserta ditetapkan.

“Sebanyak 22,321 permohonan diterima sejak pendaftaran dibuka pada 1 Ogos dan pemilihan dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Advertisement

“Peserta yang berjaya bakal mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial berjumlah RM70 setahun,” kata Mohd Khairuddin Othman, lapor SelangorKini.

Beliau berkata peserta kemudian bakal mengikuti kursus p-panggilan bersama Bungkusit, Zepto Express, Warong Rider dan Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

“Kita yakin inisiatif ini mencetuskan minat anak muda menceburi bidang berasaskan khidmat penghantaran yang semakin mendapat permintaan terutama ketika Covid-19,” katanya.

Advertisement

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta bagi meneruskan program RiDE yang bakal diperluas kepada belia luar bandar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top