BM | EN | 中文

Hampir 110,000 penduduk terima manfaat Pakej Kita Selangor RM24.7 juta

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 3 MAC: Seramai 108,545 penduduk Selangor menerima manfaat Pakej Kita Selangor melibatkan peruntukan berjumlah RM24.7 juta, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, mereka menikmati enam daripada 20 inisiatif yang selesai dijalankan iaitu bantuan makanan kepada petugas hadapan dan pelupusan pinjaman Yayasan Selangor.

“Selain itu, peserta Skim Smart Sewa menikmati penangguhan sewa tiga bulan dan pengecualian serta penangguhan sewa penghuni Projek Perumahan Rakyat,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) di sini yang memantau perkembangan pakej tersebut.

Amirudin berkata baki 14 inisiatif giat dilaksanakan agensi kerajaan berkaitan antaranya saringan bersasar Covid-19, bantuan pengangkutan bagi pesakit Covid-19 berisiko rendah.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor juga menyediakan program Bakul Makanan, e-Dapur dan Skim Niaga Darul Ehsan untuk meringankan beban penduduk ketika pandemik.

Advertisement

Pada 20 Januari, Amirudin membentang Pakej Kita Selangor bernilai RM73.8 juta yang menyediakan 20 inisiatif berbentuk bantuan, program ekonomi dan pendidikan.

Pakej itu antara lain pelupusan pinjaman pelajaran, bantuan makanan, mencipta pekerjaan, insentif warga tani dan pembelajaran percuma.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top