BM | EN | 中文

Hampir 10,000 murid dari seluruh negara sertai program belajar dalam talian Unisel

Universiti-Selangor-UNISEL.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 1 FEB: Program Sekolah Maya Universiti Selangor (Unisel) menerima penyertaan hampir 10,000 murid dari seluruh negara sejak awal Januari lalu.

Dekan pembangunan pelajar dan jaringan komuniti Unisel, Amidi Abdul Manan berkata medium pembelajaran dalam talian menyasarkan calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sesi 2020.

“Inisiatif ini menyediakan kelas dan ceramah percuma sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.

Advertisement

“Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan dan kelas bimbingan untuk topik khusus,” katanya, lapor SelangorKini.

Amidi berkata program berkenaan menerapkan tiga elemen pembangunan diri generasi muda meliputi bakat, karakter dan pendidikan.

Menurutnya, pembangunan bakat bermula dengan ujian personaliti dan kecenderungan kerjaya manakala dididik nilai budiman melalui pembangunan karakter.

Advertisement

“Pembangunan pendidikan pula menumpukan pelajar dan pendidik seiring perkembangan semasa Covid-19 yang menuntut pendidikan bergerak ke hadapan,” katanya.

Pelajar berminat boleh mengimbas kod QR di poster tertera atau mendaftar melalui laman sesawang uvs.unisel.edu.my

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top