BM | EN | 中文

Hamidin sedia lepaskan jawatan Presiden MFL

Hamidin-Mohd-Amin-MFL-FAM.jpg

Hamidin Mohd Amin (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Datuk Hamidin Mohd Amin membuat kejutan mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semasa kongres badan tersebut yang dijangka berlangsung pada Jun depan.

Menurut Hamidin, ia bagi memberi ruang kepadanya menumpukan tugas hakikinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Keputusan ini saya sudah fikirkan lama. Saya rasa saya perlu menumpukan tugas untuk menaikkan pasukan kebangsaan, futsal, bola sepak pantai dan di peringkat akar umbi.

Advertisement

“Saya tak perlu nak tamak kuasa. Sebelum saya lepaskan jawatan, saya akan strukturkan semula MFL sebelum saya serahkan kepada mereka menentukan siapa presiden.

“Biarlah presiden baharu nanti fikirkan macam mana nak naikkan MFL. Namun, dalam masa sama, saya akan tetap membantu kerana MFL dan FAM saling berkaitan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-57 di Putrajaya pada Sabtu.

Advertisement

Hamidin dipilih sebagai Presiden MFL pada September 2019 bagi menggantikan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau turut menegaskan tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuatnya itu walaupun sedar akan menerima banyak halangan terutama daripada pemegang taruh.

“Selepas hampir dua tahun mengendalikan MFL, sekarang saya rasa ia waktu yang sesuai untuk lepaskan jawatan ini.

Advertisement

“Secara jujurnya saya tidak cukup masa. Jika saya nak jawatan MFL,maka saya perlu lepaskan jawatan FAM dan begitulah sebaliknya.

“Biarlah MFL diterajui orang baharu yang bebas. Namun, saya tegaskan jawatan presiden baharu itu tidak akan disandang oleh orang daripada FAM,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top