BM | EN | 中文

Halimah Sadique positif Covid-19

Halimah-Sadique-Kota-Tinggi.jpeg
Advertisement

KOTA TINGGI, 19 JAN: Menteri Perpaduan Negara yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi, Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19 hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu hari ini, Halimah menjalani ujian saringan semalam dan disahkan positif hari ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Susulan itu, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

Advertisement

“Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, dia akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Halimah juga memohon maaf atas kesulitan dan masalah yang timbul susulan perkembangan tersebut.

Sebelum ini KKM mengesahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun turut positif Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top