BM | EN | 中文

Halang serah bantuan ke sekolah, apakah wujud tekanan dari pihak atasan? – Adun Paloh

Halang-serah-bantuan-ke-sekoah-apakah-wujud-tekanan-dari-pihak-atasan-Adun-Paloh-2.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 APR: Adakah terdapat halangan dikenakan kepada pihak sekolah daripada membenarkan wakil rakyat di kawasan menjalankan tugas-tugas kebajikan, kata Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Sheikh Umar dalam kenyataannya hari ini meminta Menteri Pendidikan memberi penjelasan susulan halangan keatasnya daripada menyerahkan sumbangan kepada 200 penerima melibatkan pelajar, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Paloh 2.

“Saya meminta agar Menteri tampil beri penjelasan terhadap dakwaan ‘tekanan dari atas’ yang timbul agar insiden sepertimana yang berlaku di SK Paloh 2 ini tidak mendatangkan kekeliruan dan menular di kawasan-kawasan yang lain.

Advertisement

“Ia mesti diberikan perhatian serius. Wakil-wakil rakyat tidak wajar dihalang untuk berkhidmat kepada rakyat, apatah lagi saat sukar berhadapan ujian pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Menurut Sheikh Umar, pihaknya telah menghubungi PIBG sekolah untuk membuat serahan di SK Paloh 2 pada pagi ini.

Namun sekitar jam 11.30 malam tadi juga, beliau telah dihubungi seorang individu yang identitinya enggan didedahkan, merayu agar program penyerahan tersebut dibatalkan serta merta.

Advertisement

“Individu tersebut mendakwa pihak sekolah menerima ‘tekanan dari atas’ sejak saya melawati sekolah tersebut pada 5 April 2021 lalu.

“Ketika itu, saya mengambil inisiatif menyediakan makanan kepada para pelajar serta kakitangan yang bertugas menjalankan ujian calitan Covid-19.

“Saya sekali lagi menghubungi pihak PIBG dan mereka mengesahkan maklumat terkini berkaitan pembatalan tersebut,” ujarnya.

Advertisement

Kata Sheikh Umar lagi, beliau hanya berhasrat membuat penyerahan agar boleh disampaikan kepada setiap penerima melalui perantaraan pihak sekolah.

“Saya tiada sebarang rancangan untuk membuat penyerahan kepada setiap daripada 200 individu penerima.

“Ia diharap boleh diatur dengan lebih cermat oleh pihak sekolah memandangkan kawasannya yang lebih luas yang boleh melicinkan proses pematuhan SOP.

Advertisement

“Barangan yang ingin diberikan merupakan sumbangan dari pejabat saya, pejabat ADUN Mengkibol dan orang awam.

“Barangan sumbangan antaranya termasuklah beras, biskut dan facemask.

“Berikutan hal ini, saya ingin bertanya kepada Menteri Pendidikan Malaysia, adakah benar terdapat halangan dikenakan kepada pihak sekolah daripada membenarkan wakil rakyat di kawasan menjalankan tugas-tugas kebajikan? soal Sheikh Umar.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top