BM | EN | 中文

Hak kebebasan bersuara dilihat terhakis – Amanah Johor

Noor-Khalim-Sakib.jpg

Noor Khalim Sakib

Advertisement

BATU PAHAT, 19 FEB: Kebebasan bersuara di negara ini dilihat semakin terhakis, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib,

Beliau mengulas keputusan mahkamah mengenakan denda RM500,000 terhadap portal terkenal Malaysia Kini susulan komen orang ramai terhadap artikel di portal tersebut.

Noor Khalim berkata, selain itu terdapat kes melibatkan pimpinan Umno Johor, Puad Zarkashi yang diminta memohon maaf atas kenyataannya atau berhadapan tindakan undang-undang .

Advertisement

Katanya, isu ini perlu dipandang serius apabila pengamal media dan hak bersuara mulai ditekan dari setiap sudut.

“Puad Zarkashi hanya menulis di laman Facebook miliknya. Beliau bukan membuat kenyataan. Hanya sekadar bertanya.

“Dalam isu Malaysiakini pula, kita dapat lihat denda yang dikenakan amatl berat. Kita khuatir hak bersuara dan ruang kepada pengamal media menjadi sempit.

Advertisement

“Kebebasan bersuara perlu menjadi pengimbang, bukan diugut seperti apa yang berlaku hari ini. Apakah kerajaan akan terus mengamalkan sistem menutup mulut orang ramai ? soalnya.

Terdahulu hari ini mahkamah memutuskan Malaysiakini didenda RM500,000 susulan komen pembaca berhubung sebuah artikel bertarikh 9 Jun yang bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1.”

Manakala Puad Zarkashi mengesahkan menerima surat tuntutan atau LOD berjumlah RM10 juta daripada peguam Perdana Menteri, berhubung hantarannya di Facebook pada 9 Februari lalu berhubung isu kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top