BM | EN | 中文

Hak bersuara semakin terhakis

Noor-Khalim-Sakib.jpg

Noor Khalim Sakib

Advertisement

BATU PAHAT, 6 JUN: Hak bersuara bagi rakyat di negara ini dilihat semakin terhakis apabila keadaan kerajaan terus menerus menghukum mereka yang bersuara mempertikaikan tindakan yang dilakukan kerajaan.

Terbaharu yang berlaku melibatkan penahanan seorang pengguna akaun Twitter kerana ciapannya yang mempersoalkan peruntukan sebanyak RM 70 juta bagi pengurusan vaksin.

Menurut Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata hal tersebut mencerminkan suasana yang kurang sihat dalam sistem demokrasi dalam negara ini.

Advertisement

Ujarnya, penahanan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat yang mempersoalkan tindakan kerajaan ini boleh digambarkan sebagai pemerintahan autokrasi.

“Kerajaan hari ini dilihat tidak langusng boleh ditegur. Ini menunjukkan gambaran yang kurang sihat.

“Ia seperti mengugut rakyat untuk terus membisu terhadap segala masalah yang berlaku.

Advertisement

“Jelas ianya adalah tindak tanduk kerajaan yang mulai mengamalkan sistem autokrasi yang keras terhadap rakyat ketika ini.

“Kerajaan seperti sombong dalam mendengar permasalahan yang dialami rakyat sehingga terus menerus menghukum mereka,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Khalim berkata, isu yang disuarakan rakyat hari ini berlaku akibat penutupan Parlimen.

Advertisement

Katanya, sudah hampir dua tahun rakyat terbeban dan menjadi hak rakyat mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat semakin kucar kacir.

“Siapa pun akan persoalkan sekiranya keadaan semakin pincang dengan perbelanjaan yang menjadi pertikaian dan sebagainya.

“Keadaan negara ini dilihat seperti tidak ada langsung pengakhirannya selepas rentetan kes Covid ini membuatkan pelbagai rakyat semakin terdesak dan menekan.

Advertisement

“Saya tegaskan kepada kerajaan agar tidak mengambil jalan mudah dengan menghukum rakyat yang mempersoalkan serta mempertikaikan mereka dalam menguruskan permasalahan yang dihadapi oleh negara kita,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top