BM | EN | 中文

Hajiji dipilih jadi Ketua Menteri Sabah

Hajiji-Noor-Ketua-Menteri-Sabah.jpg
Advertisement

KOTA KINABALU, 28 SEPT: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Hajiji Mohd Noor dipilih untuk menjadi ketua menteri baru Sabah.

Perkara itu menyelesaikan kebuntuan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah selepas hampir dua hari keputusan pilihanraya negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu.

Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.

Advertisement

“Kami telah setuju sebulat suara untuk menamakan saya sebagai ketua menteri Sabah,” kata Hajiji.

Gabungan Rakyat Sabah – merangkumi BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) – mencapai konsensus itu hari ini, selepas menang dalam pilihan raya negeri.

Ditanya berkenaan acara angkat sumpah, Hajiji berkata mereka dimaklumkan ia akan diadakan esok.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top