BM | EN | 中文

Hajiji angkat sumpah ketua menteri, TKM Sabah tekad bantu rakyat

hajiji-km-sabah.jpg
Advertisement

KOTA KINABALAU, 29 SEPT: Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Hajiji akan dibantu tiga timbalan iaitu Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

Bung akan memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, sementara Kitingan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, manakala Joachim sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

Advertisement

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.

Advertisement

Dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan dan Dr Joachim Gunsalam masing-masing bertekad memberikan khidmat terbaik untuk rakyat negeri Sabah.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata bagi memberikan fokus penuh terhadap tanggungjawab itu, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di dalam Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin juga ADUN Lamag tidak mahu ditemu bual kerana terpaksa bergegas menghadiri acara lain.

Advertisement

Perikatan Nasional, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersatu di bawah Gabung Rakyat Sabah (GRS) memenangi pilihan raya negeri pada Sabtu dengan memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Selain itu gabungan itu juga mendapat sokongan tiga Adun bebas.

Pembangkang DUN Sabah, Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top