BM | EN | 中文

HAJI KARMAINE, VETERAN POLITIK CALON PH DI TG PIAI

scene-3.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 OKT: Pakatan Harapan (PH) menamakan Karmaine Sardini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Piai sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P165 Tanjung Piai.

Calon PH itu diumumkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 2,000 penyokong pada majlis pengumuman calon PH bagi PRK berkenaan di Dewan Hai Kee, Jalan Johor, Batu 34, disini sebentar tadi.

Berasal dari Pontian, Karmaine merupakan anak seorang tokoh agama tempatan dan pernah menjadi Imam Masjid Al-Muttaqin di Johor Bahru serta Pengerusi Biro Agama Bersatu Johor.

Advertisement

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Karmaine bertanding di kerusi parlimen Pontian, tetapi tewas kepada calon BN, Ahmad Maslan dengan hanya majoriti 833 undi.

Dalam politik, bekas bendahari Umno Tanjung Piai itu antara seorang salah pemimpin utama menubuhkan bahagian Bersatu di kawasan itu.

Ketika mengumumkan pencalonan Karmaine, Muhyiddin menggariskan lima isu utama termasuk menangani kos sara hidup, meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon dan 16 Nov sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil parlimen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42 meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top