BM | EN | 中文

Had rentas sempadan Johor – Singapura bakal gugat ekonomi pekerja

tambak-johor.jpg

Gambar Ehsan Media Corp

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Pengehadan perjalanan rentas sempadan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember bakal membawa kesan kepada ekonomi kepada pekerja yang berulang-alik di antara Johor dengan Singapura.

Adun Bekok, S. Ramakrishnan berkata ia bakal menyebabkan berlakunya kemelesatan ekonomi di negeri Johor terutamanya pada masa yang kritikal seperti pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Katanya, jumlah mereka yang merentas sempadan Malaysia-Singapura telah jatuh mendadak ke bawah daripada jumlah biasa.

“Ramai pekerja tempatan yang masih tidak dapat melakukan perjalanan ke tempat kerja mereka di Singapura telah menjadi punca berlakunya pengangguran di kalangan pekerja Malaysia.

“Kumpulan ini tidak layak untuk mendapat subsidi upah dari Singapura kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

“Mereka juga tidak layak untuk mendapat subsidi upah dari kerajaan Malaysia kerana bekerja di Singapura.

“Kebanyakan pekerja tersebut adalah berasal dari negeri lain dan tinggal di Johor Bahru. Setiap hari mereka menyeberangi jalan ini untuk bekerja di Singapura,” kata Ramakrishnan dalam satu kenyataan.

“Kerajaan Malaysia tidak menunjukkan sebarang desakan untuk membuka tambak Singapura Malaysia. Johor Bahru adalah bandar yang paling terjejas kerana wabak Covid-19,” katanya.

Menurut rekod, diantara 250,000 hingga 300,000 pekerja Malaysia menyeberangi Tambak Johor setiap hari ke Singapura untuk bekerja sebelum berlakunya pandemik Covid-19.

Kerajaan kemudiannya membuka permohonan rentas sempadan Malaysia dan Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) mulai 17 Ogos.

Difahamkan kuota untuk RGL adalah 400 orang bagi tempoh seminggu, iaitu sehari diantara 50 hingga 60 orang manakala PCA adalah 2,000 orang sehari.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top