BM | EN | 中文

‘HAB BELIA MERSING SATU HADIAH UNTUK ANAK MUDA’

70453898_2510030449075649_2690679354609893376_n.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Peruntukan RM300,000 bagi pembinaan hab belia di daerah Mersing membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor mengambil kira pandangan rakyat di bawah dalam pelan pembangunan negeri.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata hab tersebut – ruang khusus bagi aktiviti golongan belia – merupakan permintaan popular dikalangan anak muda dalam negeri.

Beliau berkata hasrat tersebut dinyatakan anak muda dalam siri ‘Jelajah Ekspresi Komuniti 2019’ (EK) yang diketuai beliau, yang turun ke setiap daerah dalam negeri bagi bertemu dengan golongan belia untuk mendapatkan pandangan mereka tentang keperluan anak muda, dimana idea-idea tersebut akan diselaraskan dalam Belanjawan Johor 2020.

Advertisement

“Namun saya harus bercakap jujur sepertimana yang telah saya tegaskan dalam siri-siri jelajah (EK) tersebut bahawa, bajet kerajaan negeri mempunyai had-hadnya yang tertentu.

“Pun begitu, jika kerajaan tidak mampu menyediakan hub belia di seluruh daerah di Johor ini sekalipun, paling tidak kami akan berusaha sehabis baik untuk memastikan beberapa daerah mewakili zon utara, selatan, tengah, timur dan barat Johor dapat disediakan suatu ‘space’ bagi tujuan aktiviti belia,” Sheikh Umar berkata menerusi satu kenyataan.

Sheikh Umar turut berterima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang meluluskan dana peruntukan bagi membina hab belia tersebut.

Advertisement

“Pada masa yang sama, inilah manifestasi suara akar umbi anak muda yang diutarakan dalam sesi-sesi engagement menerusi pendekatan ‘consultative government’ dimana pelan dan pembangunan yang dirangka adalah menerusi pendekatan ‘bottom up’,” katanya lagi.

Dalam lawatan kerjanya ke daerah Mersing pada 5 September 2019 lalu, Dr Sahruddin mengumumkan peruntukkan berjumlah RM300,000 bagi tujuan pembangunan ‘Mersing Youth Hub’.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM200, 000 untuk penyediaan Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Kraf Orang Asli di Kompleks Penghulu Mersing, sementara RM100, 000 lahgi pula diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf pusat khidmat wakil rakyat DUN Endau.

Advertisement

“Adalah menjadi harapan saya, supaya setiap pembangunan yang mahu atau sedang dirancang oleh kerajaan negeri dapat memberi pulangan atau impak yang positif di sesuatu kawasan,” kata Dr Sahruddin.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top