BM | EN | 中文

Guru, pesara dan warga emas sasaran utama Macau Scam di Johor

macau-scam.jpg

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Guru, pesara dan warga emas dikenal pasti menjadi sasaran utama sindiket penipuan ‘Macau Scam’ di negeri ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Mohd Salleh Abdullah.

Beliau berkata polis menerima 250 laporan berhubung kes penipuan sindiket itu dari 1 Jan hingga semalam dengan jumlah kerugian kira-kira RM10.9 juta.

Daripada jumlah nilai kerugian itu, sebanyak RM4.63 juta melibatkan warga emas dengan 51 kes, diikuti pesara (RM3.04 juta) dan guru (RM900,296.89) dengan masing-masing 21 kes.

[BACA: Dana RM58 juta untuk Kolej TAR, presiden MCA ucap terima kasih]

“Justeru, kita (polis) menyarankan agar golongan berkaitan memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sekiranya dihubungi oleh individu yang mendakwa sebagai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pegawai bank yang mengarahkan mereka untuk membuat transaksi kepada akaun tertentu.

“Pada masa sama, ahli keluarga juga boleh mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat mengenai kegiatan haram sindiket terbabit agar golongan berkenaan lebih berhati-hati dan tidak terus menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top