BM | EN | 中文

GURU PERLU JADI PENASIHAT PELAJAR PILIH BIDANG VOKASIONAL, KEMAHIRAN

ramakrishnan-uthm-vokasional-teknikal-tvet.jpg

BATU PAHAT, 14 OGOS: Pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal, terutamanya bagi memenuhi keperluann industri di negara ini,

Antara program yang sentiasa mendapat perhatian ialah TVET (Technical, Vocational Education and Training), program khusus untuk mendorong lebih ramai pelajar memilih bidang kemahiran selepas menamatkan persekolahan.

Bagi merealisasikan objektif program TVET, kerajaan negeri menganjurkan ‘Program Pendedahan Peluang Pekerjaan melalui Pendidikan Teknikal dan Vokasional’ di Studio Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, para guru dan kaunselor sekolah merupakan antara rujukan utama bagi para pelajar mendapatkan nasihat dalam menentukan masa depan mereka.

Justeru itu, program ini memberi pendedahan kepada para guru dalam persediaan mereka untuk memberi khidmat nasihat kepada pelajar

“Tujuan program ini diadakan khasnya untuk guru-guru dan kaunselor sekolah menengah kerana mereka adalah medium interaksi utama kepada murid-murid di sekolah.

“Guru-guru yang berbakti ini merupakan harapan bagi semua murid-murid di sekolah masing-masing,” kata Ramakrishnan dalam satu kenyataan.

Seramai enam penceramah hadir menyampaikan taklimat berkaitan potensi dalam bidang teknikal dan vokasional, mendapat sambutan para guru dari pelbagai daerah di seluruh Johor dan

Beliau yang juga Adun Bekok menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat selain menyediakan platform bagi mempersiapkan golongan muda berkemahiran teknikal dan vokasional dalam menghadapi gelombang revolusi 4.0 yang hangat diperkatakan

“Seperti yang kita tahu bahawa revolusi perindustrian sedang berlaku.

“Ini adalah cara baru yang perlu kita terajui untuk kebaikan masa depan anak muda kami,” kata Ramakrishnan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top