BM | EN | 中文

Guru, ibu bapa bingung dengan keputusan KPM

Dr-Mohd-Zuhan-Mohd-Zain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Guru, ibu bapa dan murid berada dalam kebingungan susulan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka semula sesi persekolahan fizikal bermula 1 Mac ini.

Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain mempersoalkan rasional kerajaan yang dilihat tergesa-gesa memulakan sesi persekolahan tersebut.

“Apa guna PKP dan darurat sekiranya sesi persekolahan dibuka seperti biasa? Ia amat mengelirukan dan membuatkan rata-rata rakyat kebingungan.

Advertisement

“Sebelum ini ibu bapa banyak menghabiskan duit untuk sediakan fasiliti bagi anak-anak untuk mengikuti PdPR di rumah.

“Guru-guru juga dalam kebingungan kerana terpaksa mengubah semula polisi PdPR kepada sekolah bersemuka dan tindakan ini seumpama ingin mencari populariti sendiri,” tegasnya.

Beliau turut menempelak Menteri KPM Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin yang membuatkan rakyat terpinga-pinga dengan keputusan yang diumumkan.

Advertisement

Sebagai salah seorang bapa, Zuhan meluahkan beberapa pandangan yang berbeza dengan Radzi.

“Sepatutnya tindakan Radzi selari dengan Ismail Sabri (Dato Seri) iaitu ia perlu dibuat selepas Ismail membuat kenyataan. Bukannya secara tiba-tiba keluar kenyataan KPM tanpa ada keperluan.

“Fokus negara sekarang adalah kesihatan dan keselamatan rakyat dengan melaksanakan keperluan secara atas talian,” tegasnya lagi.

Advertisement

Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pembelajaran bersemuka akan dibuka bermula secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

Nurid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan kembali ke sekolah pada tarikh tersebut dan murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini.

Pelajar sekolah menengah akan mula kembali ke sekolah pada 4 April bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi pelajar sekolah menengah Kumpulan B, ia akan bermula pada 5 April.

Advertisement

Kumpulan B terdiri daripada sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top