BM | EN | 中文

Guru di pusat tuisyen di Johor didakwa sebar berita palsu Covid-19

mahkamah-johor-bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19 dan vaksin virus itu, menjadikan antara individu awal didakwa di negara ini di bawah Ordinan Darurat.

Seorang guru di pusat tuisyen Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan berita tidak benar berhubung kematian akibat vaksin COVID-19 menggunakan aplikasi Facebook menerusi profil “Mohd Nazaruddin Yusoff”.

Bernama melaporkan, lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pada 11.50 pagi, 21 April lepas.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Mohd Nazaruddin yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan PPN Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top