BM | EN | 中文

GURU BERKOMITED FAKTOR PELAJAR CEMERLANG

IMG-20190928-WA0003.jpg

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Guru yang berkomited tinggi dalam melaksanakan tugasan harian merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di sebuah sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sikap kesungguhan golongan ini dalam melaksanakan tanggungjawab dapat memberikan kejayaan kepada para pelajar.

“Selain daripada sesi pembelajaran harian, ketekunan guru melaksanakan aktiviti kokurikulum juga dapat menyumbang kepada kecemerlangn pelajar di sekolah.

“Syabas diucapkan buat guru-guru yang patuh menerima arahan dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent di Hotel New York, di sini, hari ini.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani turut mengucapkan tahniah kepada sekolah tersebut kerana berjaya mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi dalam negara yang mana antara sekolah-sekolah harian bagi  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lepas.

“Saya yakin dan percaya kejayaan yang diraikan ini bukan sahaja datang dari satu pihak tetapi juga sokongan daripada ibu bapa,” katanya.

 

Beliau turut menekankan kepentingan pelajar untuk terus berusaha jika ingin berjaya bukan sahaja di bangku sekolah tetapi dalam hidup, kerana kejayaan seseorang bermula daripada dirinya sendiri.

Tambahnya lagi, dorongan dan bimbingan ibu bapa serta guru adalah dianggap tidak berguna jika usaha untuk cemerlang tidak dipupuk sendiri dalam diri seorang individu.

“Justeru itu, dengan kemudahan yang mudah didapati di zaman ini, pelajar harus lah memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top