BM | EN | 中文

Guna ruang udara, kerajaan Malaysia perlu jelaskan hubungan dengan Israel – AMANAH Johor

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 30 MEI: Kerajaan perlu memjelaskan sama ada wujud hubungan dengan Israel susulan kebenaran pesawat negara zionis itu menggunakan ruang udara Malaysia.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Sulaiman Mohd Nor mahu kerajaan bertegas dengan negara zionis itu kerana isu penggunaan ruang udara Malaysia berkait langsung dengan kepentingan dan keselamatan negara.

Katanya, hal ini penting kerana sebelum ini Israel telah memberikan amaran bahawa Malaysia sebagai salah satu musuh mereka, lebih-lebih lagi ketika majoriti rakyat di Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam konflik baru-baru ini.

Advertisement

“Kerajaan kena tegas dalam isu Israel yang sebelum ini memberikan amaran kepada Malaysia berikutan sokongan kita terhadap Palestin.

“Memang benar ianya hanya kapal terbang komersial bukan pesawat pejuang atau perang, tetapi apa yang penting adalah ketegasan kita dalam menguruskan hubungan dengan negara berkenaan.

“Dalam satu bab, mengapa kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan hampir lima hari berlalu dan perlukah benda ini disembunyikan daripada pengetahuan umum selepas pendedahan dilakukan?” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Kemelah turut mengingatkan kerajaan agar tidak hipokrit dalam isu membabitkan negara zionis berkenaan.

Sebelum ini dalam ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jelas mengkritik Israel itu perlu dibuktikan dengan tindakan tegas dari negara ini.

“Bukan sekadar bercakap mengutuk serta mengkritik tindakan Israel tetapi perlu juga ia dibuktikan dengan pratikal atau tindakan.

Advertisement

“Janganlah menipu rakyat dengan menyatakan bahawa negara mengutuk serta mengkritik Israel sedangkan dalam masa yang sama kerajaan tidak bertindak selari dengan kenyataan sebelum ini,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top