BM | EN | 中文

GUNA PENDEKATAN ‘TURUN PADANG’ FAHAMI MASALAH GOLONGAN PELADANG

mb-johor-1-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT : Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) perlu lebih proaktif serta bergerak dengan pelbagai pendekatan lebih realistik dan relevan khususnya dalam proses penjanaan ekonomi masyarakat serta pertubuhan ke arah lebih mampan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pendekatan ‘turun padang’ bagi meninjau pelaksanaan program dan projek dari peringkat perancangan untuk memahami isu serta permasalahan yang dihadapi oleh golongan peladang di peringkat akar umbi perlu dilakukan.

“Pendekatan lain yang boleh dilakukan adalah mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber seperti modal, tanah dan tenaga dalam pertubuhan seterusnya digemblingkan untuk perlaksanaan projek-projek ekonomi yang berdaya maju dan memberi pulangan yang lebih baik kepada ahli-ahli.

Advertisement

“Saya percaya pendekatan yang saya sebutkan ini menuntut proses kerjasama erat daripada pelbagai pihak.

Dr Sahruddin disambut pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ Kali Ke 41 Tahun 2019 di Hotel Berjaya Waterfront City Johor Bahru, malam tadi.

“Khususnya agensi dan jabatan kerajaan bagi menggerakkan kebitaraan kawasan masing-masing mengikut keupayaan pertanian, perladangan dan sektor hiliran lain demi menjana pendapatan masyarakat dan lingkungannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ Kali Ke 41 Tahun 2019 di Hotel Berjaya Waterfront City Johor Bahru, malam tadi.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan khususnya di Negeri Johor untuk  melahirkan modal insan terutama dalam bidang pertanian dan perladangan yang memiliki minda kelas pertama berpengetahuan, berkemahiran, dan berinovasi.

Beliau juga yakin dengan semangat dan iltizam semua pihak terutamanya masyarakat tani, ladang dan lingkungnnya boleh mencetuskan satu fenomena transformasi besar dalam sektor pertanian dan peladangan khususnya dalam bidang pengeluaran makanan.

“Masa depan pertanian dan peladangan negara sentiasa terbuka luas untuk kita terokai. Sama-samalah kita tingkatkan usaha, kemahiran serta teknologi untuk membangunkan semua sektor yang boleh mendasari kemajuan ekonomi sosial negara.

Advertisement

“Menjadi harapan saya agar PPNJ akan terus memainkan peranannya dengan baik dan di tahap lebih tinggi, serta mengorak langkah ke hadapan bagi menempa kejayaan demi kejayaan sekali gus menggerakkan ekonomi dan sosial ahli pertubuhan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top