BM | EN | 中文

Guna pakai strategi “keseluruhan kerajaan dan masyarakat” perangi Covid-19 – Kit Siang

lim-kit-siang.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyeru konsensus nasional dalam usaha menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia mencatatkan jumlah kes per sejuta penduduk sebanyak 243 pada Jun tahun ini dan meningkat 12 kali lebih tinggi, iaitu 3,032.

Tambah beliau, Malaysia mempunyai indeks jumlah kes per sejuta penduduk lebih tinggi daripada kebanyakan negara di Asia dan ASEAN selain Singapura (9,959) dan Filipina (4,208).

Advertisement

“Di Asia, kita mempunyai indeks yang lebih tinggi daripada Jepun (1,608), Korea Selatan (1,025) dan Taiwan (33). Di Asean, kita bahkan lebih tinggi dari Indonesia (2,494). Indeks di negara-negara ASEAN lain adalah Thailand (82), Vietnam (15), Kemboja (22) dan Laos (6).

“Adalah sangat penting untuk kerajaan Muhyiddin akhirnya mengakui dan mengguna pakai strategi dan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan pandemki Covid-19 di Malaysia,” kata Kit Siang.

Tambah beliau, dengan purata 2,000 kes setiap hari, jumlah terkumpul kes wabak berkemungkinan meningkat kepada 175,000, 230,000 dan 300,000 masing-masing pada Januari, Februari dan Mac.

Advertisement

“Kadar ini jauh lebih rendah berbanding apa yang diramalkan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat (IHME) baru-baru ini.

“Agensi tersebut meramalkan berlaku peningkatan berterusan kes Covid-19 di Malaysia sehingga pertengahan Mac 2021, dengan lebih daripada 5,000 jangkitan setiap hari bermula dari 25 Februari 2021.

“Model IHME meramalkan 2,987 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia pada 1 Januari, meningkat kepada 4,176 kes pada 1 Februari, dan 5,130 kes pada 1 Mac.

Advertisement

“Trend ini diramalkan berterusan hingga 21 Mac dengan 5,379 jangkitan, dan menurun kepada 5,301 kes pada 1 April,” katanya.

Kit Siang yang memetik model IHME berkata, kes Covid-19 terkumpul di Malaysia pada akhir Mac diramalkan sekitar 400,000 yang akan menempatkan Malaysia dalam kelompok 30-40 negara teratas di dunia dengan jumlah kes terkumpul terbesar di dunia.

“Mujurlah, unjuran model IHME itu tidak menjadi kenyataan, pun begitu rakyat Malaysia masih perlu sentiasa berwaspada.

Advertisement

“Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekiranya benar dakwaan beliau bahawa Malaysia mendapatkan vaksin Pfixer Covid-19 dengan harga lebih murah berbanding Belgium.

“Pun begitu, berdasarkan jadual penghantaran bekalan vaksin pertama ke Malaysia, harapan untuk melihat kes Covid-19 di Malaysia menurun pada suku pertama atau suku kedua tahun depan adalah tidak meyakinkan.

“Rakyat Malaysia memerlukan konsensus nasional baharu enam dekad usaha pembinaan negara bangsa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia dan untuk bersedia memulihkan ekonomi negara selepas wabak Covid-19 reda,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top