BM | EN | 中文

Guna aset MBJB dalam program BN, ahli majlis minta maaf

BN-guna-aset-MBJB.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUL: Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Yahya Jaafar meminta maaf kerana menggunakan aset milik agensi itu dengan memaparkan bendera Barisan Nasional (BN) pada program anjurannya.

Menjelaskan perkara itu Yahya berkata, pihaknya meminta bantuan MBJB untuk membawa barangan sumbangan kerana melibatkan jumlah yang besar.

“Barangan untuk edaran kepada yang memerlukan bagi kali ini sangat banyak dan ianya diluar kapasiti kenderaan saya.

Advertisement

“Jadi, saya meminta MBJB untuk bantu membawa barangan tersebut. Jika baju BN saya dan lori MBJB menjadi isu, saya minta maaf sangat,” katanya dalam satu hantaran di laman twitter beliau.

Mengakui secara etika adalah salah, Yahya berkata beliau akan memperbetulkan keadaan selepas ini.

“Tetapi apa yang penting pada waktu ini, rakyat terima bantuan dengan kadar segera. Rakyat sedang penat dan kelaparan.

Advertisement

“Kita tak boleh lambat dalam menyalurkan bantuan. Ketepikan politik,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Adun Bukit Batu, Jimmy Puah dalam hantaran di laman twitter beliau bertanya kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengenai kewajaran aset kerajaan digunakan dalam program BN.

“Aset kerajaan MBJB diguna oleh parti BN. Siap ambil gambar. Bolehkah? soal Jimmy.

Advertisement

Pandangan beliau dikongsi pembantunya, Faezuddin Puad yang bertanyakan di laman twitter sama ada kebenaran diberikan jika Parti Keadilan Rakyat memohon untuk menggunakan aset kerajaan yang sama.

“Tanya @Hasni_Johor atau @yahyadyj. Esok Keadilan nak pakai lori MBJB angkat beras hantar kepada rakyat sambil pakai baju parti dan kibar bendera parti, bolehkah? soal beliau

Faezuddin berkata, orang ramai tidak mempertikaikan program bantuan dengan anjuran atau logo parti, namun yang menjadi isu adalah penggunaan aset kerajaan dalam program parti politik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top