BM | EN | 中文

Guan Eng garis lima krisis belum ditangani kerajaan PN

Lim-Guan-Eng-3.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggaris lima perkara yang belum ditangani kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Lima perkara itu adalah krisis kesihatan, politik, ekonomi, pendidikan dan keyakinan di negara ini.

“Malangnya, kerajaan gagal mengurus keadaan dengan 110, 485 jangkitan menjelang 30 Disember, iaitu lebih banyak daripada China.

Advertisement

“Jangkitan harian Covid-19 Malaysia kini merupakan yang kedua tertinggi di negara-negara ASEAN selepas Indonesia, dengan kita mencatatkan hampir dua ribu kes setiap hari.

“Terdapat kebimbangan nyata bahawa kemudahan kesihatan kita mungkin tidak dapat menangani jumlah jangkitan yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya penutupan seluruh negara yang dilaksanakan setelah peningkatan jangkitan Covid-19 beratus-ratus setiap hari awal tahun ini, sepatutnya dapat menghentikan Covid-19 di Malaysia.

Advertisement

Lebih buruk lagi katanya, kerajaan PN enggan membelanjakan RM2.1 bilion untuk melakukan pembelian awal vaksin Covid-19, yang mengakibatkan kita hanya akan menerimanya dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

“Berbanding Singapura yang menerima penghantaran sekarang, keengganan kerana kedekut dan lokek untuk menyediakan RM2.1 bilion adalah kesilapan yang lebih besar dan sangat tidak cekap berbanding penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch baru-baru ini,” kata Guan Eng.

Selain itu katanya, krisis pendidikan mempunyai kesan jangka panjang bagi generasi masa depan dengan pelajar hanya menghadiri kelas selama empat bulan tahun ini.

Advertisement

Seharusnya kata Guang Eng, terdapat keperluan mendesak untuk membelanjakan RM4 bilion bagi pembelian komputer riba untuk setiap pelajar,

Selain itu rangkaian internet perlu dipertingkatkan bagi membolehkan pembelajaran atas talian dan kerajaan tidak boleh membiarkan anak muda terus tercicir.

Dalam pada itu katanya, kerajaan PN gagal menangani ketidakstabilan politik disebabkan majoriti hanya dua kerusi parlimen yang menimbulkan krisis kesihatan, ekonomi, pendidikan dan menyebabkan krisis keyakinan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top