BM | EN | 中文

‘Grand coalition’ pembangkang perlu disokong – Salahuddin Ayub

salahuddin-ayub-mp-pulai.jpg

Datuk Seri Salahuddin Ayub

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan untuk menyokong aspirasi gabungan besar pembangkang di negara ini, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menyambut baik cadangan itu beliau berkata, Amanah bersetuju dengan saranan Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanahair, Datuk Wira Marzuki Yahya dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal untuk membentuk gabungan besar pembangkang (Grand Coalition).

“Kerjasama ini sangat penting untuk menghadapi pilihan raya Umum (PRU) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Advertisement

“Amanah menyeru semua komponen blok pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Warisan, Upko, PSB, Muda dan lain-lain untuk mencapai kata sepakat dalam membentuk gabungan besar pembangkang (Grand Coalition) ini,” ujarnya.

Muhammad Taqiuddin Cheman

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman turut sehaluan dengan pendirian yang dikeluarkan oleh Timbalan Presidennya.

Tambah Adun Pulai Sebatang itu, gabungan itu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan bagi membangunkan rakyat dalam keadaan serba mencabar hari ini.

Advertisement

“Kita boleh lihat hari ketidakstabilan politik jelas menunjukkan tiada pembangunan positif dikecapi rakyat.

“Keadaan terumbang ambing ini secara langsung menjejaskan ekonomi negara atas faktor ketidakyakinan pelabur terhadap negara ini.

“Gabungan besar yang disuarakan itu mampu memulihkan semula serta membawa seluruh suara pembangkang kepada satu matlamat yakni mengembalikan demokrasi yang sihat serta kestabilan politik di tanah air kita,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top