BM | EN | 中文

‘Grand Coalition’ pembangkang boleh dimulakan di Johor

grand-coalition.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: ‘Grand Coalition’ atau gabungan besar pembangkang boleh dimulakan di Johor kata, pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

Beliau mencadangkan agar negeri ini memulakan langkah tersebut terlebih dahulu kerana Johor mempunyai ahli parlimen dari pelbagai latar belakang yang bukan sahaja dari Pakatan Harapan (PH).

“Boleh direalisasikan di Johor terlebih dahulu kerana di sini kita ada Muda (MP Muar) Pejuang (MP Sri Gading) dan Bebas (Simpang Renggam)

Advertisement

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

“Selain itu mereka juga mempunyai pengaruh yang berlainan dari PH. Kalau ia dapat digabungkan pastinya ‘coalition’ ini berjaya menarik sokongan pengundi.

“Apa yang pasti, pengundi hanya mahukan kesatuan di semua peringkat dan sudah tiba masanya Johor membuat langkah yang sedikit luar biasa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berharap agar gabungan pembangkang yang dicadangkan tersebut dapat diterima di semua peringkat.

Advertisement

Tambahnya, ia demi membawa suara rakyat sekaligus memulangkan semula mandat yang telah diberikan kepada PH sebelum ini.

“Kemenangan kita (PH) pada PRU 14 yang lalu wjaar diketahui adalah disebabkan kesatuan dari parti-parti pembangkang dan ini membuahkan hasil.

“Tidak salah kalau ia boleh dimulakan di Johor seperti mana gerakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990 atau Gagasan Rakyat yang hanya membabitkan beberapa negeri sahaja.

Advertisement

“Pasaran kesatuan pembangkang ini lebih meyakinkan berbanding dengan perlawanan tiga penjuru di antara sesama kita kelak,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top