BM | EN | 中文

GOTONG ROYONG SELAMATKAN NYAWA PENDUDUK

gotong-royong-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 OKT : Penduduk Taman Indah Jaya, di sini, mengambil langkah bergotong-royong, baru-baru ini untuk membersihkan kawasan tempat tinggal masing-masing sebagai usaha mencegah wabak denggi di situ.

Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit berkata, langkah tersebut bertujuan memupuk tahap kesedaran orang ramai berkenaan wabak denggi yang menjadi serius di kawasan berkenaan.

“Taman Indah Jaya sebelum ini telah dua kali diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi sepanjang tahun, meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) sebelum ini.

Advertisement

Muhamad Said ketika program gotong-royong yang diadakan di Taman Indah Jaya

“Dalam rekod menunjukkan daerah Kluang telah menerima peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun lepas.

“Untuk itu, saya menggesa langkah-langkah drastik dan efektif dari semua pihak untuk mengelakkan daripada lebih ramai yang akan menjadi mangsa,” katanya kepada JohorKini.

Muhamad Said berkata, oleh itu, langkah penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes perlu dipertingkatkan di masa akan datang.

Advertisement

“Penduduk tidak sepatutnya hanya bergantung kepada pihak JKM dalam mengawal wabak denggi yang wujud di kawasan perumahan mereka, sebaliknya usaha membasminya perlu menyeluruh.

“Dengan penglibatan yang baik atau padu sahaja daripada komuniti dan penduduk, barulah masalah seperti ini akan dapat diselesaikan atau diatasi dengan baik.

“Saya juga mengharapkan usaha seperti ini tidak akan terhenti dan saya akan meneruskan usaha ini bersama-sama dengan pihak JKM ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan wabak denggi di Dun Mahkota,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top