BM | EN | 中文

Gordon Ramsay buka restoran di Petaling Jaya, tarikan pelancong ke Selangor

Gordon-Ramsay.jpg

Gordon Ramsay (Gambar Ehsan eater.com)

Advertisement

SHAH ALAM, 19 JAN: Pembukaan restoran chef selebriti terkenal Gordon Ramsay pada Jun di Petaling Jaya bakal menjadi tarikan terbaharu di negeri Selangor.

Pengurus besar Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad, berkata produk pelancongan gastronomi atau berasaskan makanan berpotensi menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

Kata Azrul beliau turut berbesar hati pemegang bintang Michelin itu memilih Selangor untuk membuka cawangan restorannya yang pertama di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara.

Advertisement

“Bagi yang ingin menikmati masakan gaya hidangan halus (fine dining), mereka boleh memilih untuk berkunjung ke restoran ini sebaik ia dibuka,” katanya, lapor SelangorKini.

Ramsay, 54, bakal membuka rangkaian restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort yang menawarkan pelbagai jenis hidangan antaranya Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Sunway Resort dalam kenyataan di laman web memaklumkan pelanggan boleh membuat pratempahan bermula sekarang untuk menikmati hidangan cef dari British itu pada Jun.

Advertisement

Selain Malaysia, Ramsay mempunyai cawangan sama di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Popularitinya melonjak apabila menjadi bintang utama dalam rancangan realiti Hell’s Kitchen sejak 2005, Kitchen Nightmares (2004 hingga 2014) dan MasterChef US mulai 2010.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top