BM | EN | 中文

GOLONGAN MUDA DI JOHOR DIGALAK CEBURI BIDANG PERTANIAN

IMG-20190928-WA0004.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 28 SEPT: Kerajaan Negeri sedang giat mencari formula terbaik dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan mengelakkan kebergantungan kepada hasil dan lambakan import makanan dari luar negara.

Justeru itu, Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal beberapa program untuk menggalakkan golongan muda di negeri ini menceburi bidang pertanian sama ada sektor perladangan, penternakan mahupun perikanan perlu dirancang.

Menurutnya, kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggariskan usaha dalam meningkatkan produktiviti keluaran dalam sektor pertanian melalui belanjawan yang besar.

Advertisement

“Oleh itu, tanggungjawab kita ketika ini adalah untuk memastikan kaedah terbaik dan berkesan dalam menambah jumlah penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian.

“Saya merasakan setiap jabatan dan agensi perlu mengubah cara mahu pun kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam menarik minat golongan muda ini menerusi penggunaan teknologi digital dan revolusi ndustri (IR) 4.0.

“Kita semua sedia maklum jiwa anak-anak muda lebih terdedah kepada teknologi yang lebih  kompleks dan ‘connective’

Advertisement

“Pergerakan kemajuan kini juga perlu diadaptasikan kepada bidang pertanian, perladangan dan perikanan untuk menarik minat anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Ekspo Tani Johor dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor 2019 di Dataran Penggaram, dekat sini, hari ini.

Beliau mahu pihak swasta menjalin kerjasama dan memanfaatkan bakat golongan muda yang berminat untuk terlibat di dalam sektor pertanian.

Advertisement

“Ia antara usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil makanan negara.

“Kerajaan juga perlu menetapkan halatuju dalam merancakkan pelaburan sektor swasta untuk memasuki dan terlibat secara langsung dalam industri pertanian berskala besar dan sederhana.

“Insya Allah, kerajaan akan terus memastikan nasib belia di negeri Johor lebih terjamin,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top