BM | EN | 中文

Golf Trofi Cabaran Tunku Panglima Johor kumpul RM1.21 juta

Golf-Trofi-Cabaran-Tunku-Panglima-Johor-kumpul-RM1.21-juta.png

Gambar Ehsan BH Online

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Sebanyak RM1.21 juta berjaya dikumpulkan menerusi penganjuran golf Trofi Cabaran Tunku Panglima Johor bagi mengisi dana Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di lapangan Els Club Desaru Coast, dekat sini, baru-baru ini.

Program berprestij bagi edisi keempat anjuran Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) serta mendapat sokongan daripada Tourism Johor dan Tourism Malaysia itu disertai oleh seramai 166 pemain.

Selain sumbangan dan penajaan, program turut mengadakan sesi lelongan bagi sejumlah barangan termasuk dua hadiah selubang atau hole-in-one yang gagal dimenangi mana-mana pemain, tajaan Anantara Desaru Coast Resort & Villas and One & Only Desaru Coast.

Terdahulu, BH Online melaporkan antara pihak yang tampil menyumbang kepada dana Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor ini adalah Qul Holdings sebanyak RM100,00, Tenaga Nasional Bhd (RM20,000) dan GTMed (RM5,001).

Sumbangan yang terkumpul disampaikan Presiden JGTA, Kolonel Mohd Jamal Salleh kepada Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Alhaj ibni Sultan Ibrahim yang mewakili Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berkenaan mencemar duli menghadiri majlis jamuan tengahari dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu dan EXCO kerajaan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, pemenang keseluruhan pertandingan atau gross menjadi milik Mohd Nasharuddin Mat Nasir manakala naib juara dimenangi Nazrin Kassim dan Edzat Edzmir Bahari (ketiga).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top