BM | EN | 中文

Golf Tourism Johor kutip dana RM1.12 juta

Golf-Tourism-Johor-kutip-dana-RM1.12-juta.jpg

Gambar Ehsan Utusan Online

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) mengutip RM1.12 juta daripada Penganjuran Pertandingan Golf Tourism Johor bagi merebut Piala Tunku Panglima Johor di The Els Club Desaru Coast, Kota Tinggi dekat sini, baru-baru ini.

Kutipan dana tersebut yang diperoleh hasil sumbangan rakan penaja, wang tajaan dan hasil jualan menerusi aktiviti bidaan diserahkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Presiden JGTA, Mohd. Jamal Salleh berkata, pertandingan berprestij yang memasuki tahun keempat penganjurannya itu disertai seramai 166 pemain golf termasuk dari United Kingdom, Belgium, Jepun, Korea dan Indonesia.

Beliau berkata, kejohanan terbesar anjuran persatuan tersebut mendapat sokongan Tourism Johor dan Tourism Malaysia.

“Pertandingan Golf Tourism Johor bagi merebut Piala Tunku Panglima Johor terus berkembang saban tahun hingga mendapat penglibatan luar biasa daripada penglibatan pemain golf termasuk dari luar negara.

“Oleh kerana jumlah peserta terlibat terlalu ramai, pertandingan tahun ini diadakan di dua padang berbeza iaitu Ocean Course membabitkan 58 peserta manakala 108 peserta lagi bersaing di Valley Course.

“Pertandingan itu turut mencipta sejarahnya tersendiri setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan hadir ke Majlis santapan Diraja dan Majlis penyampaian hadiah,” katanya, lapor Utusan Online.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah di Pusat Konvensyen Desaru Coast ialah Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar.

Sementara itu, kejohanan edisi keempat kali ini dijuarai oleh Mohd. Nasharuddin Mat Nasir diikuti Nazrin Kassim dan Edzat Edzmir Bahari yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top