BM | EN | 中文

Godell meterai dua perjanjian bekalan LNG dengan Petronas

Godell-meterai-dua-perjanjian-bekalan-LNG-dengan-Petronas.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Godell Gas International Sdn Bhd (GGI) memeterai dua perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya,

(PDB), untuk menampung peningkatan permintaan terhadap tenaga bersih di Malaysia.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan GGI Raja Azhar Raja Ismail berkata syarikat bekalan dan pengedaran LNG bersepadu penuh itu berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Petronas dalam usaha mentransformasikan landskap pengedaran LNG Malaysia.

Advertisement

“Kami komited untuk menyediakan kepakaran kami bagi memastikan LNG mudah diakses dan memastikan keperluan tenaga bersih pelanggan kami dapat dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi perjanjian bekalan LNG pertama, Petronas akan membekalkan LNG kepada GGI menerusi Terminal Pengegasan Semula di Pengerang, Johor.

GGI kemudiannya akan memasarkan dan menghantar LNG kepada pelanggan luar grid di seluruh Malaysia menerusi sistem saluran paip maya (VPS) ke kemudahan penyimpanan dan pengewapan yang dibiayai, dibina dan dikendalikan oleh CGI di premis perniagaan pelanggan masing-masing.

Advertisement

“Pada masa depan, industri di Malaysia yang tidak dihubungkan ke prasarana gas asli akan dapat bertukar kepada gas sebagai satu bentuk alternatif tenaga bersih.

“Model perniagaan yang diguna pakai oleh GGI bagi inisiatif LNG Malaysia menawarkan entri pelaburan sifar bagi setiap pelanggan bagi peralihan kepada LNG sebagai kegunaan tenaga,” kata Raja Azhar.

Perjanjian bekalan LNG kedua adalah GGI menjadi rakan perkhidmatan pengisian minyak Petronas.

Advertisement

LNG yang dibekalkan oleh Petronas akan diedarkan kepada kapal yang menggunakan LNG di perairan Malaysia menerusi perkhidmatan pengisian minyak kapal ke kapal di Malaysia.

Menerusi perjanjian itu, GGI akan mendapatkan kapal-kapal yang menerima bahan bakar LNG dan membantu perkhidmatan pengisian minyak STS.

“GGI juga komited untuk membina, memiliki dan mengendali kapal mengisi minyak LNG 12,000 meter padu bendera Malaysia pertama, yang pertama daripada tiga siri, yang dijangka diserahkan pada separuh kedua 2020.

Advertisement

“Dengan kapal mengisi minyak LNG, GGI meletakkan dirinya sebagai satu daripada pemain utama dalam industri pengisian minyak LNG, menyokong aspirasi Petronas dan Malaysia untuk menjadi pemain utama dalam perkhidmatan pengisian minyak LNG serantau,” kata GGI.

Bersempena dengan inisiatif tersebut, GGI telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan CPP Petroleum Engineering (M) Sdn Bhd (CPP) dan juga China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB) untuk menjalin kerjasama bagi menyokong projek pengisian minyak LNG dan VPS.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top