BM | EN | 中文

Gimik botak kepala untuk cari dana beli komputer, ahli parlimen Muar dikecam

syed-saddiq-botak.jpg
Advertisement

MUAR, 29 DIS: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam gara-gara menjadikan gimik membotakkan kepalanya untuk mengumpul dana RM200,000 sempena kempen ‘1 keluarga 1 laptop’ yang dilancarkannya semalam.

Meskipun ada yang memuji tindakannya, namun tidak kurang ramai di kalangan warganet yang mengecam tindakan bekas menteri belia dan sukan yang melancarkan kempen “BotakChallenge.

Difahamkan Syed Saddiq meletakkan sasaran RM200,000 bagi membeli 100 set komputer riba (laptop) untuk diserahkan kepada anak-anak Muar yang memerlukan.

Advertisement

Dalam kiriman di laman Facebook Syed Saddiq melalui poster ‘Bro Botak Nak Bantu Muar’ sebahagian warganet mempersoalkan tindakan ahli parlimen Muar itu menggunakan cara tersebut bagi mengumpul dana untuk membantu penduduk Muar.

“Nak tanya..hanya 100 orang je yang akan dapat? Berapa ramai penduduk Muar? Berapa peratus tu……adakah mereka yang sokong Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahaja akan layak dapat laptop ni? soal warganet dengan nama Baing Lagoo.

Sementara itu seorang warganet dengan nama “Hafifi Muhammad” membangkitkan persoalan mengenai peruntukan kawasan parlimen Muar.

Advertisement

“Duit YB banyak kenapa tak gunakan? Kata nak jadi superheroes. Superheroes tak mintak tolong siapa-siapa,” kata Hafifi Muhammad.

Sementara itu ada di kalangan warganet berharap agar wang sumbangan itu digunakan untuk pembelian laptop dan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Botak ke tak botak tak kisah. Harap 100 pelajar tu dapat laptop betul-betul,” kata pemilik akaun Facebook dengan nama “Akmal Hapiz”.

Advertisement

Ada juga di kalangan pemilik akaun facebook yang meminta bantuan sumbangan laptop secara terus pada ruangan komen.

“Nak tanya..macam mana nak dapatkan bantuan laptop ni..? Sebab saya ada sorang pelajar memang tak mampu nak beli laptop/komputer…

“Saya seorang guru. Jika ada cara untuk mohon atau borang.. Boleh YB share link berkaitan..? soal Ain Man

Advertisement

Dalam pada itu ada juga warganet yang memberi pandangan dan cadangan unik kepada Syed Saddiq bagi mendapatkan lebih banyak wang sumbangan.

“Kau tak power bro.. Ada lagi power dari kau… Dato Seri Najib botak separuh je.. Arab Saudi derma 2 bilion…

“Kau bayangkan kalau dia botak habis..berapa pula dia dapat,” kata pemilik akaun “Shah Nowwar”.

Advertisement

Difahamkan sehingga jam 11 malam semalam, lebih RM144,000 berjaya dikumpulkan dalam kempen tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top