BM | EN | 中文

Giliran Xiomi Malaysia edar ‘power bank’

petugas-xiomi-1.jpg

Petugas Xiomi Malaysia mengagihkan ‘power bank’ kepada petugas media di perkarangan istana

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Jika sebelum ini, pelbagai pihak yang memberi sumbangan makanan dan minuman kepada para petugas media di perkarangan Istana Negara, kini tiba pula giliran Xiomi Malaysia.

Pengeluar peranti pintar pula mengambil pendekatan mengedarkan ‘power bank’ sebagai tanda perihatin mereka.

Menurut status yang dimuatnaik dalam Facebook Xiomi Malaysia, ‘power bank’ yang diagihkan disertakan dengan nota ucapan “You guys cover the news for us, we got you covered!

Advertisement

Ucapan yang disediakan Xiomi Malaysia pada ‘power bank’ yang diedarkan

“Thank you, the unsung hero!,” menurut status berkenaan.

Tentunya tindakan ini mendapat maklum balas yang kelakar dari kalangan netizen.

“Lepas ini diharapkan dapat mesin basuh memandangkan para wartawan tidak sempat basuh baju kerana tidak pulang ke rumah”, menurut pemilik akaun twitter @fakrolsood.

Advertisement

Pemilik akaun twitter @nadilahputh pula bertanya, ada kerja kosong sebagai wartawan tak sekarang?

Rata-rata netizen memuji tindakan pihak Xiomi Malaysia yang prihatin dengan bidang kerja kewartawanan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top