BM | EN | 中文

Giliran Kedah tinggalkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia

takraw.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) menjadi ahli gabungan keempat menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa Rabu.

Presiden Pestak, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah menerusi surat yang dihantar kepada Timbalan Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz menyatakan keputusan itu berikutan hilang keyakinan terhadap kredibiliti PSM sebagai badan induk di peringkat kebangsaan.

“PSM gagal menjelaskan situasi yang sebenar apa yang berlaku antara badan induk itu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) kepada ahli gabungannya.

Advertisement

“Perkembangan mutakhir amat mendukacitakan dan langkah PSM dalam menangani isu semasa menampakkan kegagalannya sebagai ahli gabungan Astaf,” katanya menerusi surat itu yang bertarikh Rabu lalu.

Syed Unan Mashri menambah, keputusan penarikan diri itu demi mengembalikan martabat dan pembangunan sukan sepak takraw di setiap peringkat.

Pestak menjadi ahli gabungan keempat yang mengumumkan keluar daripada PSM selepas tindakan sama sebelum ini oleh Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Selangor (PSS).

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top