BM | EN | 中文

Gesa kerajaan bertindak, masih ada golongan belum dapat bantuan

IMG-20200416-WA0002.jpg

Serudin Soud

Advertisement

BATU PAHAT, 16 APRIL: Kerajaan digesa bertindak segera selepas terdapat aduan dari pihak yang terkesan mendakwa diri mereka masih belum menerima mana-mana bantuan dari pihak berwajib.

Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata wujud pemohon yang masih belum disantuni oleh pihak berwajib.

Katanya, perkara ini perlu diambil tindakan segera memandangkan Peirntah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah memasuki fasa ketiga bermula 15 April 2020.

Advertisement

“Macam mana masih terdapat suara-suara pemohon yang membuat aduan bahawa diri mereka masih belum mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan?

“Perkara ini serius kerana melalui rekod, pemohon tersebut telah layak mendapat bantuan namun perkara itu seperti dibiarkan sahaja tanpa ada sebarang santunan yang baik.

“Kerajaan perlu bergerak dengan lebih aktif lagi dalam memberikan galakan serta perhatian kepada golongan yang terkesan ini bukan dengan hanya membatu tanpa ada sebarang tindakan yang proaktif,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut membidas tindakan kerajaan negeri Johor yang hanya mendiamkan diri dalam hal-hal yang berbangkit di negeri ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kepincangan ini berlaku akibat dari perubahan nama-nama ketua kampung serta ahli majlis yang merencatkan proses pemberian bantuan ini.

“Kerajaan negeri Johor tidak usah berdiam diri langkah segera perlu diambil apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam akan berhadapan dengan bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan pastinya akan mengundang pelbagai masalah kepada pemohon.

Advertisement

“Proses ini terbantut akibat dari perubahan nama ketua kampung dan ahli majlis yang berlaku selepas mereka ditamatkan tempoh seawal bulan April yang lalu.

“Kesannya hari ini ditanggung oleh pemohon atau golongan yang terkesan ini. Kerajaan usah hanya memikirkan politik semata tanpa mengira keperluan rakyat di negeri ini dan hasilnya perubahan nama tersebut membuatkan rakyat ditinggalkan tanpa disantuni dnegan baik,” katanya lagi.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top