BM | EN | 中文

Geran RM500,000 untuk mahasiswa anak Johor di seluruh negara

mahasiswa-masyarakat-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 JAN: Sejumlah RM500,000 diperuntukkan kerajaan negeri kepada mahasiswa anak Johor di seluruh negara melalui program Mahasiswa Harapan Masyarakat.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut bertujuan membangunkan persatuan mahasiswa dan komuniti anak Johor di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negara.

Dengan ringkasan sepanjang 50 perkataan, persatuan mahasiswa anak Johor diminta menyatakan idea kreatif mereka bagi membangunkan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Advertisement

Menurut YPJ lagi, tarikh akhir bagi penghantaran borang pendaftaran tersebut adalah pada 7 Februari 2020.

“Program ‘Mahasiswa Harapan Masyarakat’ merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor mengiktiraf peranan dan idea kreatif mahasiswa dari lnstitut Pengajian Tinggi seluruh negara.

“Ia bertujuan membangunkan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di negeri Johor dengan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi.

Advertisement

“Penyertaan program ini terbuka kepada seluruh mahasiswa melalui Persatuan Anak Negeri Johor di IPT seluruh negara,” menurut YPJ dalam satu kenyataan.

Antara tumpuan projek yang akan diberi keutamaan bagi geran tersebut adalah bagi segmen, Pendidikan Dan Modal Insan, Keusahawanan Kesukarelawanan dan Komuniti, Gaya Hidup Sihat selain Seni dan Budaya.

Menurut YPJ, proses bagi mendapatkan geran tersebut akan melalui empat fasa iaitu pendaftaran, temurapat bootcamp, pembentangan idea dan majlis kongres bagi penyerahan geran.

Advertisement

“Semudah 50 patah perkataan nyatakan idea kreatif anda bagi membangunkan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat, kawasan taman, sekolah, kampung, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) orang asli, ibu tunggal, asnaf, belia, sukan dan lain-lain.

“Idea terpilih akan dijemput untuk menyertai Bootcamp pada Feb atau Mac ini,” maklum YPJ lagi.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi pihak YPJ di talian 07 234 4355 atau email pembangunanmahasiswa@ypj.gov.my .

Advertisement

Manakala borang pendaftaran secara dalam talian boleh diperolehi melalui pautan berikut. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD2WCqTVcvMCgAV1mbVCWAQwvS8UR379YLnVAFMQX9E_8IMw/viewform?fbclid=IwAR1hZoYznAYcZBkDGijgvu9rQG5GVBKEsnw3aV74JIhjfQCrmlNk6s1FXDQ

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top