BM | EN | 中文

Geran RM168,000 disalur kepada 14 projek komuniti rendah karbon di Iskandar Puteri

Geran-RM168000-disalur-kepada-14-projek-komuniti-rendah-karbon-di-Iskandar-Puteri.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 OKT: Sejumlah RM168,000 dalam bentuk geran disalur kepada 14 projek komuniti rendah karbon di Iskandar Puteri.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, program Iskandar Puteri Rendah Karbon merupakan usaha induk MBIP bersama rakan strategik bagi menghargai usaha amalan rendah karbon dalam kalangan masyarakat.

Katanya ia selari dengan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Puteri 2025 sekali gus menterjemah strategi teras Kelestarian Alam Sekitar di bawah Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030.

Advertisement

“Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 yang julung kali diadakan dan pertama seumpamanya di negeri Johor bertujuan untuk membimbing, menggalak dan mengembangkan usaha komuniti membudayakan amalan rendah karbon di kawasan Iskandar Puteri,” katanya.

Sebanyak 64 permohonan dengan setiap pemohon mewakili satu lokaliti disaring kepada 14 projek komuniti rendah karbon bernilai RM7,000 hingga RM15,000 berteraskan empat komponen utama, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti, pendidikan kesedaran awam dan gaya hidup sihat, infrakstruktur hijau serta pengurusan sisa mampan.

Terdahulu, Mohd Haffiz mengiringi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menyempurnakan majlis penyerahan geran komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 dan penyampaian hadiah pertandingan kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon sempena sesi libat urus bersama kepimpinan daerah Johor Bahru di Hutan Bandar Mutiara Rini, semalam.

Advertisement

Tambah Mohd Haffiz seramai 50,932 penduduk di kawasan bandar raya Iskandar Puteri di bawah kategori kediaman bertanah dan bertingkat serta institusi telah menjayakan pertandingan kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon 2021 tahun ini melalui usaha penjimatan air, elektrik dan pelaksanaan aktiviti kitar semula di premis masing-masing bermula dari bulan Januari hingga Julai 2021.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top