BM | EN | 中文

GERAN LEBIH RM250,000 UNTUK 25 USAHAWAN JOHOR

Sheikh-Umar-Geran-Orang-Lokal.jpg

PONTIAN, 26 OKT – Seramai 25 usahawan menerima bantuan melalui program Geran Orang Lokal (GOL) kerajaan Johor melibatkan jumlah sebanyak RM255,647.

Penyerahan geran tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam Karnival Temu Pakat Usahawan di Dataran Pontian semalam.

Menurut Sheikh Umar, terdapat pelbagai peluang disediakan kerajaan negeri bagi menggalakkan penduduk Johor menceburkan diri dalam perniagaan.

“Selaras dengan agenda kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, tahun ini negeri Johor telah menjalankan lebih 20 aktiviti berasaskan usahawan.

“Bagi menghadapi globalisasi, kerajaan juga telah mempertingkatkan kemampuan dalam bidang ICT melalui pembangunan pendigitalan keusahawanan.

“Pendigitalan keusahawanan termasuk pembayaran secara digital, platform pemasaran digital, pendigitalan sistem logistik dan sebagainya,” kata Sheikh Umar pada program Karnival Temu Pakat Usahawan di Dataran Pontian semalam.

Sheikh Umar berkata, melalui geran tersebut, ia turut membuka ruang kepada usahawan kreatif yang menghasilkan kerja- kerja seni dalam skala kecil.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri berharap potensi serta aktiviti pembangunan usahawan di daerah Pontian dapat dibangunkan dengan lebih holistik.

Geran Orang Lokal merupakan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, latihan dan peralatan dari kerajaan negeri kepada usahawan anak Johor yang bertaraf mikro.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top