BM | EN | 中文

Geran komuniti Petaling Jaya mampan tawar biaya hingga RM50,000

Geran-komuniti-Petaling-Jaya-mampan-tawar-biaya-hingga-RM50000.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan pembiayaan Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan 3.0 dari RM5,000 hingga RM50,000.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata inisiatif bertujuan merancang dan melaksana projek meningkatkan prestasi menerusi 10 bidang berkaitan dengan penyertaan masyarakat, rakan perkongsian dan inklusif ke arah Petaling Jaya Mampan 2030.

“Hanya projek dalam bidang disenarai sahaja layak mendapat bantuan geran dan organisasi berminat untuk membantu amat dialu-alukan mengemukakan permohonan sebelum atau pada 30 Ogos ini,” kata Mohd Sayuthi, lapor SelangorKini.

Advertisement

Bidang terbabit adalah Bandar Pintar dan Ekonomi Digital, Bandar Hijau dan Ekonomi Hijau, Pekeliling Ekonomi, Bandar Rendah Karbon serta Bandar Selamat.

Ia juga termasuk Bandar Mesra Kanak-kanak, Bandar Pembelajaran, Pengangkutan dan Infrastruktur Berdaya Tahan, Rekaan Universal juga Masyarakat 5.0.

Tawaran terbuka kepada persatuan penduduk, rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung, badan pengurusan bersama, perbadanan bersama, persatuan ibu bapa dan guru, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, tempat ibadat serta badan/organisasi bukan kerajaan berdaftar.

Advertisement

Mohd Sayuti berharap inisiatif ditawarkan mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat supaya objektif dirancang dapat dilaksanakan.

Borang dan panduan permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi www.mbpj.gov.my atau diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ di Tingkat 20, Menara MBPJ.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi urusetia Geran Komuniti Untuk Petaling Jaya Mampan di talian 03-79541440 atau email gerankomuniti3.0@mbpj.gov.my.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top