BM | EN | 中文

Geran bantuan industri pelancongan Selangor boleh dipohon mulai hari ini

tourism-selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 23 SEPT: Permohonan geran bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan dibuka mulai hari ini hingga 31 Disember depan.

Pengurus besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata inisiatif ditawarkan untuk program Familiarization Trip, misi jualan, pameran pelancongan dan acara MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran).

“Ini sebagai langkah mempromosi dan menggalakkan industri pelancongan Selangor di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik.

Advertisement

“Bantuan ini melalui kaedah pengembalian kewangan. Hanya satu permohonan untuk setiap penganjuran dengan kelayakan maksimum berjumlah RM20,000,” kata Azrul, lapor SelangorKini.

Menurutnya, pihak yang mendapat kelulusan perlu menyelesaikan program dalam tempoh 1 Oktober ini sehingga 30 Jun tahun hadapan.

“Inisiatif dijangka menarik minat persatuan dan agensi pelancongan, pengusaha inap desa serta persatuan komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar,” katanya.

Advertisement

Pihak yang berminat boleh menyemak syarat kelayakan di http://www.selangor travel atau e-mail ke geranbantuankitaselangor@tourismselangor.org.

Pada 9 Jun lalu ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bantuan kepada sektor pelancongan negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta.

Menurut Amirudin, dana melibatkan pemberian geran bantuan, baucar Pelancongan Selangor 2.0, program latihan pembelajaran digital serta bantuan kewangan sekali bayar (one-off) kepada persatuan pelancongan negeri.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top