BM | EN | 中文

GERAKAN UNTUK MENGENAL PASTI PENCERAMAH-PENCERAMAH DI JOHOR

tosrin-3.jpg
Advertisement

PONTIAN, 9 OKT: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sedang merangka satu gerakan pemutihan untuk mengenal pasti penceramah-penceramah yang tidak menepati ciri-ciri yang diputuskan oleh MAINJ.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, penceramah-penceramah ini termasuklah mereka yang terlibat dengan program mengaji, kursus perkahwinan dan yang berkaitan.

“Jika didapati mereka melanggar syarat-syarat sebagai seorang penceramah, sijil kelayakkan mereka akan ditarik semula,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan di beberapa parit dan saliran pertanian di Pontian, di sini, semalam.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu insiden dimana seorang penceramah di sebuah kursus kahwin tidak mengikuti modul yang ditetapkan ketika memberikan ceramah di program tersebut.

Tosrin yang merupakan Adun Bukit Permai berkata, gerakan pemutihan itu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

“Tujuannya adalah untuk mengenalpasti mereka yang tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh MAINJ.

Advertisement

“Jika benar terdapat aduan berkenaan, pihak yang terlibat disarankan untuk menghantar laporan terus kepada saya,” katanya lagi.

Beliau berkata, pihaknya akan melihat dan meneliti semula penceramah-penceramah yang telah diberikan sijil mengajar kursus kahwin dan juga mereka yang terlibat dengan ceramah di masjid dan surau.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top