BM | EN | 中文

GERAKAN TIDAK AKAN BERGABUNG JIKA MENANG PRK TANJUNG PIAI

IMG-20191112-WA0042.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 12 NOV: Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sekiranya mendapat mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau turut menegaskan pihaknya juga tidak akan kembali bersama Barisan Nasional (BN).

“Dakwaan Gerakan telah menerima RM1 juta daripada PH untuk bertanding di Tanjung Piai untuk memecahkan undi BN adalah tidak benar, kami menafikan perkara itu.

Advertisement

“Sebaliknya Gerakan bertanding di PRK ini adalah bagi memberi alternatif kepada pengundi Tanjung Piai,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Turut hadir, calon Gerakan bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, Wendy Subramaniam.

Sementara itu, Dominic turut meminta BN menjelaskan sama ada mereka telah bersetuju dengan lapan syarat yang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjalin kerjasama secara rasmi dengan UMNO.

Advertisement

“Ini adalah pilihan raya pertama yang menyaksikan BN dan Pas bekerjasama secara rasmi, adakah itu bermakna BN telah bersetuju dengan syarat-syarat dikemukakan Pas.

“Jika benar, saya mahu pemimpin BN mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini,” katanya lagi

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top