BM | EN | 中文

GERAKAN SELAMATKAN BUKIT PAYONG TEMU TPM

GERAKAN-SELAMATKAN-BUKIT-PAYONG-TEMU-TPM.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 SEPT: Perbincangan dan semakan semula perlu dilakukan bagi mengkaji keputusan meneruskan projek Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Parit Sulong, dekat sini.

Jawatankuasa Selamatkan Bukit Payong dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memohon agar semua pihak kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dinasihatkan untuk membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Besar Johor, Exco kerajaan negeri selain Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Advertisement

“Perbincangan ini perlu bagi menyemak semula keputusan meneruskan projek tapak pelupusan sampah di Bukit Payong, Parit Sulong yang menimbulkan bantahan penduduk dan keraguan terhadap beberapa pelanggaran undang-undang serta warisan sejarah Bukit Payong yang diabaikan,” kenyataan jawatankuasa tersebut dipetik.

Terdahulu, wakil Jawatankuasa Selamatkan Bukit Payong bertemu Dr Wan Azizah diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah bersama Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni, pada Jumaat.

Pada Jun lalu, kerajaan negeri menangguhkan sementara projek tersebut yang dijadualkan beroperasi pada 2020.

Advertisement

Namun ia dicadang untuk diteruskan semula berikutan ketiadaan tapak pelupusan sampah baharu selain penutupan tapak pelupusan di Simpang Renggam.

Pada 5 Ogos, Jawatankuasa Selamatkan Bukit Payong menyerahkan memorandum berkaitan isu berkenaan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Difahamkan kira-kira 26,000 penduduk yang terdiri daripada 18 buah kampung dan dua taman perumahan mendiami kawasan sekitar Bukit Payong.

Advertisement

Selain itu terdapat sembilan buah sekolah berhampiran tapak cadangan, selain tiga kilang makanan.

Jawatankuasa Selamatkan Bukit Payong dalam kenyataan sama memberitahu, keputusan untuk memfailkan kes tersebut akan diteruskan sementara menunggu proses perbincangan semula bersama kerajaan negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top