BM | EN | 中文

GERAKAN DAKWA PAPAN TANDA CALONNYA DISABOTAJ

IMG-20191103-WA0065.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 3 NOV: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa semua parti politik yang bertanding untuk mengamalkan politik matang dan tidak melakukan sabotaj terhadap parti lawan.

Advertisement

Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan berlaku sabotaj terhadap merah apabila papan tanda bergambar calonnya ditumbangkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Operasi Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Albert Teo Lee Ho berkata, pihaknya menyedari papan tanda itu tumbang kira-kira jam 10 pagi hari ini.

“Selepas penamaan calon semalam, kami telah memasang 12 papan tanda bergambar calon di kawasan parlimen ini. Tinjauan dibuat pada pukul 10 pagi mendapati satu daripadanya telah ditumbangkan.

Advertisement

“Kami percaya ini perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mensabotaj calon Gerakan, dan perkara ini tidak sewajarnya berlaku,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Papan tanda bergambar calon yang ditumbangkan itu terletak di Persimpangan Pusat Perdagangan Pontian, berdekatan restoran makanan segera McDonald’s.

Sehubungan itu, Gerakan akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Advertisement

Tambah Albert, pihaknya menolak tiupan angin kencang sebagai faktor papan tanda itu tumbang memandangkan ia dipasang secara kukuh.

Selain itu, Albert juga turut memaklumkan pihaknya menemui satu beg duit lelaki di bawah papan tanda yang tumbang itu.

“Bed duit itu mengandungi wang tunai lebih daripada RM30, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Advertisement

“Kami tidak tahu sama ada beg duit ini kepunyaan individu yang bertanggungjawab melakukan tindakan sabotaj atau tidak namun ianya akan diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top