BM | EN | 中文

Gerak Tani mahu latih peladang, petani pasarkan hasil – Mazlan Aliman

mazlan-aliman-ngo-gerak-tani.jpg

Mazlan (tiga dari kanan) ketika melawat ke salah satu perusahaan pertanian di Muar

Advertisement

MUAR, 29 JUL: Kunjungan mantan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) Datuk Mazlan Aliman memberi suntikan semangat kepada para petani dan peladang di daerah ini.

Mazlan berkata, beliau mahu membantu pengusaha ladang termasuk petani di sini untuk memasarkan produk mereka secara besar-besaran melalui NGO Gerak Tani yang ditubuhkan beliau baru-baru ini.

Mengikut pengalaman beliau, usahawan di negara ini perlu diberikan panduan serta penerangan agar produk mereka diketahui umum.

Advertisement

“Pengusaha rata-ratanya tidak tahu potensi barangan mereka yang hakikatnya menjadi tarikan pengguna.

“Kita mahu mereka (pengusaha) memasarkan produk dengan NGO Gerak Tani yang ditubuhkan sebagai platform.

“Kehadiran kita membuat lawatan serta memberi garis panduan untuk mereka sendiri memasarkan hasil mereka ke serata tempat.

Advertisement

“NGO Gerak Tani akan membantu mereka dalam usaha tersebut,” katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, berkata, sebelum ini memang terdapat aduan dari pengusaha yang tidak mampu memasarkan barangan keluaran mereka akibat kegagalan mendapatkan platform yang baik.

Usaha ini katanya diharap turut dapat membantu pengguna mendapatkan harga berpatutan atau harga terus dari ladang.

Advertisement

“Insya Allah usaha ini juga dapat meringankan bebanan pengguna untuk mendapatkan harga yang berpatutan atau terus dari ladang bagi bahan mentah yang mereka inginkan.

“Ini adalah peluang untuk semua pihak berurusniaga antara pengusaha dan pengguna. NGO Gerak Tani bersedia menjadi platform bagi proses tersebut.

“Kunjungan kita juga disambut baik semua pengusaha tani dan ia akan diteruskan lagi dalam lawatan yang seterusnya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top