BM | EN | 中文

Gerak Mesra rapatkan hubungan kerajaan dengan masyarakat

program-gerak-mesra.jpg

Antara aktiviti yang disertai penduduk dalam Program Gerak Mesra

Advertisement

PONTIAN, 25 DIS: Program Gerak Mesra Bersama Komuniti mencapai objektifnya merapatkan hubungan kerajaan dengan masyarakat.

Berlangsung di Taman Benut Utama, di sini pada 20 Disember hingga 22 Disember lalu mendapat respon baik dari penduduk.

Menurut Bendahari Taman Benut Utama, Rahim Ngatimin, rata-rata penduduk memaklumkan program berkenaan adalah paling meriah.

Advertisement

“Hasilnya, hubungan yang baik antara Ahli Majlis dengan jawatan kuasa penduduk di sekitar Pekan Benut ini terjalin melalui acara seperti sukaneka rakyat, acara tarik tali, futsal dan lain-lain,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya lagi, banyak informasi telah diberikan melalui pameran daripada kakitangan kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kesihatan dan SWM.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Benut, Haniff Ghazali Hosman berpendapat, program berkenaan wajar diteruskan setiap tahun.

Advertisement

“Selain merapatkan hubungan agensi kerajaan dgn masyarakat, program ini mendidik masyarakat tentang kaedah membuat aduan pada saluran yang betul dan tersusun.

“Program ini juga memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi Ahli majlis kepada masyarakat khususnya,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top