BM | EN | 中文

Geng Nicky: Pegawai kanan polis tarik semula permohonan habeas corpus

PDRM-Polis.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Seorang pegawai penyiasat kanan polls yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky menarik balik permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini MazIan kemudiannya membatalkan permohonan yang difailkan ASP Baldev Singh Gurdial Singh, 36, selaku pemohon.

Terdahulu, peguam Meneesha Kaur yang mewakili Baldev Singh, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah dibebaskan dengan jaminan polls pada 5 Mei lepas.

Advertisement

‘Anak guam saya dibebaskan dengan jaminan polls daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Sehubungan itu, saya diarahkan untuk menarik balik permohonan habeas corpus ini,” katanya.

Peguam Persekutuan Norazlin Mohamad Yusoff mengesahkan perkara tersebut dan tidak membantah permohonan pemohon.

Pada 30 April lepas, Baldev Singh memfailkan permohonan habeas corpus dengan menamakan Supt Amran Mohd Jusin (pegawai penyiasat) dan Ketua Polls Negara masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Advertisement

Berdasarkan afidavit sokongan pemohon yang difailkan bersama permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau ditahan pada 26 April lalu di ibu negara untuk siasatan yang melibatkan suatu kes jenayah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan SOSMA.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Gang Nicky.

Nicky, 33, yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor, menjadi buruan polls selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top